• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rawatan Canggih Berupaya Panjangkan Usia Pesakit Kanser

oleh
27/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI usaha diteruskan pelbagai pihak dalam dunia perubatan sebagai ikhtiar terbaik mengurangkan kadar kematian akibat kanser terutama barah paru-paru.

Kaedah suntikan prembrolizumab atau terapi sasaran Anti PDI ini khusus untuk merawat kanser paru-paru yang diluluskan Kementerian Kesihatan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Merck Sharp & Dohme (MSD), syarikat berasaskan farmaseutikal terkemuka, Ashish Pal, berkata suntikan ini membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam meningkatkan peluang hidup buat penghidap kanser paru-paru.

Beliau berkata, suntikan pembrolizumab (100mg) bertujuan meningkatkan sistem imunisasi badan bagi mengesan dan melawan sel tumor secara sasaran.

Suntikan tingkat sistem imun badan

“Rawatan berbeza dengan kaedah kemoterapi yang turut mematikan semua sel baik dalam tubuh,” katanya pada Majlis Pelancaran Keytruda dengan Kombinasi Kimoterapi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pakar Perunding Onkologi klinikal, Pusat Perubatan Sunway, Dr Tho Lye Mun, berkata penemuan kaedah suntikan pembrolizumab kepada pesakit kanser paru-paru berupaya mengurangkan separuh kematian.

Kaedah ini juga kata beliau, berupaya memanjangkan tempoh hayat pesakit dan meningkatkan perkembangan pejuang berbanding rawatan kemoterapi.

Sementara itu, Perunding Onkologi klinikal dan Radioterapi, pusat rawatan sama, Dr Matin Mellor Abdullah, berkata sejak beberapa tahun lalu, dunia menyaksikan inovasi dalam merawat kanser paru-paru.

Beliau berkata, kaedah rawatan menerusi terapi sasaran atau suntikan prembrolizumab ini lebih khusus menjurus kepada proses pemulihan dengan meningkatkan sistem imun badan pesakit.

“Kanser ini paling dirisaukan kerana simptom hanya muncul apabila pesakit dikesan selepas mencapai peringkat ketiga dan keempat, manakala kadar ikhtiar hidup paling rendah berbanding kanser lain,” katanya.

Fakta:

• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kanser paru-paru menyumbang kematian tertinggi dengan kadar 1.76 juta seluruh di dunia. Di Malaysia pula kanser berada pada tempat ketiga tertinggi berbanding kanser jenis lain.

Info:

Kanser terbentuk di dalam tisu paru-paru, biasanya di dalam sel melapisi saluran udara.

– Dua jenis utama kanser paru-paru ialah sel tidak kecil (NSCLC) dan sel kecil (SCLC).

• NSCLC – Merangkumi kira-kira 85 hingga 90 peratus kanser paru-paru. Tiga subjenis utama iaitu

– Karsinoma sel skuamus (epidermis),

– Adenokarsinoma

– Karssinoma sel besar.

• SCLC – Merangkumi kira-kira 10 hingga 15 peratus kanser paru-paru kerap kali bermula di dalam bronkus berhampiran bahagian tengah dada dan biasanya merebak luas ke seluruh badan pada peringkat awal penyakit.

Faktor risiko

• Merokok faktor risiko utama kanser paru-paru. Sekurang-kurangnya 80 peratus kematian akibat kanser paru-paru disebabkan tabiat merokok.

Tags: kanserPerubatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Axiata Kembali Rancang IPO Edotco

Next Post

PAS Tidak Bertanding PRK Rantau

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

Next Post

PAS Tidak Bertanding PRK Rantau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd