• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Semenyih: 19 Laporan Polis Diterima

oleh
21/02/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH – Sejumlah 19 laporan polis telah diterima dan tiga kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sejak Sabtu lalu hingga 5 petang Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt. Mohd Sabri Abdullah berkata satu daripada kertas siasatan itu, melibatkan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 iaitu memberi ceramah tanpa permit.

Dalam satu kenyataan, beliau turut berkata 51 permit kempen politik dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sejak Sabtu, iaitu hari penamaan calon, hingga Selasa.

Ia merangkumi 32 permit bagi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN)(15) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) (empat).

“Sehingga kini keadaan keselamatan di seluruh kawasan DUN Semenyih adalah terkawal,” kata Mohd Sabri.

Polis menasihatkan parti-parti yang terlibat mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang PRK itu, selain mengingatkan mereka supaya membuat permohonan permit bagi tujuan berkempen.

PRK DUN Semenyih pada 2 Mac menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (BN), calon bebas Kuan Chee Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul (PSM).

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung. – BERNAMA

Tags: prk semenyih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saksi, Syed Saddiq Nafi Ikut Laluan Parti Pembangkang

30/01/2020
0

KAJANG - Seorang setiausaha politik menteri hari ini menafikan beliau dan menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sengaja melalui laluan...

Syed Saddiq Alami ‘Soft Tissue Injury’ Akibat Serangan Papagomo

07/11/2019
0

KAJANG - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini, pengendali laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd