• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Kumpulan Lelaki Cuba Samun Di Bukit Kuchai

oleh
22/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS sedang mengenal pasti kumpulan lelaki yang dipercayai cuba melakukan samun di sebuah rumah di Bukit Kuchai, Serdang dekat Kuala Lumpur petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata dalam kejadian kira-kira 4.05 petang itu, kumpulan yang terdiri daripada kira-kira tujuh lelaki dengan menaiki empat motosikal dilihat berlegar-legar di kawasan perumahan itu sebelum dua daripada mereka memasuki sebuah rumah dengan bersenjatakan parang.

“Ketika kejadian, penghuni rumah iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mahu keluar rumah sebelum tiba-tiba dua suspek itu berlari ke arahnya dan memasuki perkarangan tempat letak kereta.

“Penghuni rumah itu segera melarikan diri ke dalam rumah dan bertindak menutup serta mengunci pintu kayu hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu bertindak mengetuk pintu kayu dengan menggunakan parang lalu memecahkan cermin pada bahagian tepi rumah serta turut membocorkan tayar kereta jenis Suzuki Swift milik mangsa.

Ismadi berkata suspek kemudian melarikan diri setelah mangsa dan keluarganya menjerit meminta tolong.

Katanya siasatan lanjut masih dilakukan dan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek.

“Tiada kecederaan dialami pengadu dan tindakan mengesan suspek kini giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan samun.

Beberapa gambar dan video rakaman CCTV itu mula tular di laman sosial sejak Khamis. – BERNAMA

Tags: samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd