• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima E-mel PKPS Perlu Daftar Diri Dengan LHDNM

oleh
04/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu yang menerima e-mel mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) perlu mendaftar diri sebagai pembayar cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata penerima e-mel itu juga perlu melaporkan pendapatan jika gaji atau upah bulanan mereka berjumlah RM4,000 ke atas.

“Bagi yang menjalankan perniagaan selain syarikat sendirian berhad yang mempunyai pendapatan tahunan berjumlah kira-kira RM48,000 (atau RM4,000 sebulan) selepas ditolak perbelanjaan operasi dan elaun modal yang dibenarkan, pembayar cukai masih perlu mendaftar sebagai pembayar cukai dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDNM.

“Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM atau menerusi sistem e-Daftar di Portal Rasmi LHDNM. Pembayar cukai boleh mengabaikan surat dan e-mel yang diterima daripada LHDNM ini sekiranya pendapatan yang diterima adalah kurang daripada jumlah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, mana-mana individu juga perlu melaporkan pendapatan kepada LHDNM jika memiliki akaun bank luar negara yang dijana daripada sumber pendapatan Malaysia yang boleh dikenakan cukai.

Katanya, di bawah inisiatif Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Malaysia telah mula menerima maklumat kewangan khususnya pemilikan akaun bank dari luar negara mulai bulan September 2018.

“Sehubungan itu, sekiranya pembayar cukai mempunyai akaun bank di luar negara yang dijana daripada hasil sumber pendapatan Malaysia yang boleh dikenakan cukai dan masih belum dilaporkan kepada LHDNM, pembayar cukai diminta untuk menghubungi dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDNM,” katanya.

Sementara itu, Sabin berkata pihaknya telah mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima berhubung segelintir pegawai yang menjalankan tugas secara tidak profesional, mengugut pembayar cukai dan tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan.

LHDNM, katanya, sentiasa komited untuk menjalankan tugas dan amanah ke arah menjadi organisasi yang lebih fokus kepada pelanggan. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDNMPKPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd