• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwaan Kemuka Rayuan Penangguhan Kes Najib

oleh
25/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDAKWAAN memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan bekas perdana menteri, Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraannya berhubung tujuh tuduhan berkaitan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Notis rayuan itu difailkan pada 12 Februari lepas.

Pengurusan kes dihadapan Timbalan Pendaftar, Azniza Mohd Ali berlangsung hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed berkata rayuan pendakwaan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 8 April ini.

Beliau berkata pendakwaan perlu menunggu alasan penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum dapat memfailkan petisyen rayuan.

Sementara itu, peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata pihak pembelaan juga memerlukan alasan penghakiman untuk menolak rayuan berkenaan.

Pada 11 Februari, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi, membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sehingga menunggu keputusan rayuannya berhubung penarikan balik sijil pemindahan tujuh dakwaannya oleh pendakwa raya.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan itu, perbicaraan Najib tidak berjalan pada 12 Februari dan Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Mac untuk pengurusan kes.

Pada 4 Julai tahun lepas, Anggota Parlimen Pekan berusia 66 tahun itu dikenakan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa untuk sogokan melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lepas, beliau dikenakan lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama dari dana yang sama. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pegawai Penyiasat Diminta Perjelas Status Barang Kemas

Next Post

RCI Tidak Beri Kesan Kes Saman Pemula, Kata Sangeet

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

RCI Tidak Beri Kesan Kes Saman Pemula, Kata Sangeet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd