• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Rumah Bot Kelar Tangan, Hilang Di Hutan

oleh
07/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu rumah bot bertindak mengelar tangannya sebelum melarikan diri ke dalam hutan di kawasan air terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata kelakuan ganjil lelaki berusia 22 tahun itu berlaku pukul 4.00 petang semalam ketika rumah bot itu berhenti di kawasan rekreasi itu.

Sehingga kini lelaki yang berasal dari Kampung Temir, Kuala Berang itu belum dijumpai meskipun usaha mencari dilakukan oleh rakan-rakannya sejak semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh pihak berkuasa bermula pagi ini dengan penglibatan 23 pegawai dan anggota iaitu polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Marin Tasik Kenyir di samping 4 bot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat awal mendapati mangsa mempunyai masalah berkaitan dadah dan berselisih faham dengan isteri yang dipercayai mendorong beliau berkelakuan seperti itu. – BERNAMA

Tags: kelar tangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd