• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Bantah Kes Rosmah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

oleh
15/02/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Sesyen hari ini dimaklumkan pasukan pembelaan mewakili isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa meminta dan menerima rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, membantah pemohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar ketika sebutan semula kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad.

Bagaimanapun, Mohd Dusuki berkata tarikh pendengaran bagi permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi telah ditetapkan pada 15 Mac.

“Oleh kerana pemohonan masih lagi tertangguh dan belum lagi diselesaikan di Mahkamah Tinggi, jadi saya pohon tarikh sebutan lain ditetapkan,” kata Mohd Dusuki, dan Azman menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah mengesahkan perkara itu dan pihaknya telah menyerahkan afidavit berhubung permohonan untuk memindahkan kes itu namun pihak pendakwaan masih belum memberi jawapan.

“Ya, benar… kita juga telah serahkan afidavit tetapi pihak pendakwaan masih belum menjawab,” katanya.

Pada 15 November tahun lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187,500,000 dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah turut diwakili peguam Datuk Jagjit Singh. Suaminya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak lelaki mereka Mohd Ashman turut hadir pada prosiding hari ini. – BERNAMA

Tags: Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elakkan Khidmat, Produk Tak Berlesen, Kata TMJ

Next Post

Penumpang Terjatuh Dari Feri Pulau Pinang

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

Next Post

Penumpang Terjatuh Dari Feri Pulau Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd