• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Penyiasat Diminta Perjelas Status Barang Kemas

oleh
25/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penyiasat diperintah hadir ke Mahkamah Tinggi esok untuk menjelaskan kedudukan 44 unit barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta di bawah milikan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa dirampas oleh pihak polis, tahun lepas.

Peguam N Rajivan, yang mewakili Rosmah berkata Pesuruhjaya Kehakiman, Wong Chee Lin turut mengarahkan Supt. Foo Wei Min, yang juga ketua pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, memberi penjelasan mengapa perintah mahkamah supaya isteri bekas perdana menteri itu memeriksa dan mengesahkan 44 barangan itu, gagal dipatuhi.

Foo dalam afidavit sokongan yang diikrarkan sebelum ini menyatakan pihaknya belum dapat mengesahkan semua 44 unit barang kemas berkenaan adalah sebahagian daripada 12,000 barang kemas yang dirampas pihak polis.

Rajivan berkata, kes saman yang difailkan terhadap anak guamnya tidak boleh diteruskan sehingga pihak polis dapat memberi penjelasan sama ada barang kemas itu berada dalam jagaan mereka.

“Oleh itu, kami memohon supaya prosiding kes saman ini ditangguhkan sehingga Mei 2019,” kata peguam itu kepada pemberita selepas hadir pada pendengaran permohonan Rosmah untuk menggantung prosiding kes saman itu di dalam kamar pesuruhjaya kehakiman, hari ini.

Peguam Datuk David Gurupatham yang bertindak bagi pihak syarikat pemborong barangan kemas di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berkata pihaknya berpendapat perbicaraan kes saman yang dijadualkan pada 4 dan 5 Mac ini perlu diteruskan.

Pada 14 Februari lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah untuk memeriksa dan mengesahkan kewujudan 44 unit barang kemas bernilai ASD$14.79 juta atau hampir RM60 juta di bawah milikannya yang didakwa dirampas oleh pihak polis, dalam masa 7 hari.

Pada 26 Jun 2018, Global Royalty selaku plaintif menyaman Rosmah selaku defendan menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Dalam penyataan tuntutannya, Global Royalty mendakwa pada 10 Februari 2018, ia menghantar 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi 2 ejennya.

Syarikat itu berkata semasa serahan, Rosmah mengesahkan dan menerima terma-terma serta syarat yang terkandung dalam Memorandum No. 926 berkaitan barang kemas itu.

Syarikat itu mendakwa Rosmah, melalui surat bertarikh 22 Mei 2018, juga mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas terbabit tetapi menyatakan semua barang kemas berkenaan tidak lagi berada dalam milikannya kerana dirampas dan ia kini berada di bawah simpanan pihak berkuasa Malaysia.

Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik sah 44 unit barang kemas terbabit selain memohon perintah supaya Rosmah menyediakan senarai barang kemas yang dirampas, perintah untuk barang kemas itu dipulangkan atau, jika tidak, Rosmah akan bertanggungjawab membayar harga barangan berjumlah, AS$14.79 juta (RM59.83 juta). – BERNAMA

Tags: Rosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd