Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Hujan Halang Penampakan Gerhana...

KUALA LUMPUR – Hujan yang turun menghalang penampakan gerhana bulan penuh “Super Blue...

Tumpukan Bersatu, Ketepikan Soal...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO Sabah perlu memberi perhatian terhadap seruan Timbalan Perdana...

Jangan Persenda Negaraku, Jalur...

KUALA LUMPUR - Lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Rukun Negara yang menjadi simbol...

Selamat Ikan, Perak Sambut...

TANJUNG MALIM - Kerajaan Negeri Perak menyambut baik keputusan Perak Hydro Renewable Energy...

Najib Tukar Gambar Profil FB, Berjubah Topi Graduan

LAMAN sosial Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik perhatian warganet apabila dilihat memuatnaik gambar profil “mugshot” menunjukkan dirinya dalam persalinan menerima ijazah doktor falsafah.

Gambar itu dimuatnaik tepat ketika negara dilanda kontroversi berhubung pemilikan ijazah palsu, tidak diakreditasi dan tidak mendapat pengiktirafan yang dipercayai dimiliki pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Muatnaik tersebut segera mendapat perhatian orang ramai yang mula berkongsi dan bertukar komen selain meletakkan tanda suka.

Rata-rata menyifatkannya sebagai “troll” terbaik buat masa ini selain ramai yang dilihat menyukai sindiran berbentuk gambar tanpa sebarang komen atau kata-kata daripada beliau itu.

Level baru troll ini Datuk Najib. Gambar sahaja tanpa sepatah haram ayat pun boleh dapat beribu ‘like’. Datuk pakai minyak pengasih ke,” tulis Nik Akhbar Hafidz.

Najib belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1974 dan memasuki dunia perniagaan, berkhidmat sementara di Bank Negara Malaysia dan kemudian dengan Petronas sebagai pengurus perhubungan awam.


Malah, pada 2016, gambar foto Najib dikatakan dikekalkan di dinding kampus King’s Meadow di “alma mater”, Universiti Nottingham, di United Kingdom (UK).

Pada 2008 ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Transformasi Sosial oleh LimKokWing University of Creative Technology sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlangnya dalam pembangunan luar bandar di negara ini.

Manakala pada 2010 Najib sekali lagi dianugerahi Ijazah Kehormat Kedoktoran oleh Universiti Meiji, salah sebuah universiti terkemuka di Jepun. – FMT

Kategori