• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Didakwa Semula Untuk 3 Pertuduhan

oleh
08/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Najib, 66, yang memasuki mahkamah pukul 9.40 pagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Pekan itu telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhan berjumlah RM47 juta yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam tiga akaun miliknya.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan di sini pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, memaklumkan, pihaknya sudah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah tidak mengenakan wang jaminan dengan alasan Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwaan sebelum ini tidak menetapkan sebarang ikat jamin.

“Setakat ini Najib sudah membayar wang jaminan lebih RM6 juta dan sekiranya pihak pendakwaan ingin mengenakan ikat jamin perkara itu harus dibawa ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Muhammad Shafee turut memberitahu mahkamah pihaknya akan menimbulkan bantahan terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya kerana terdapat kecacatan yang ketara.

Pihak pendakwaan kemudian bersetuju menawarkan bon jaminan peribadi tanpa cagaran.

Mahkamah kemudian membenarkan Najib dikenakan bon jaminan peribadi tanpa penjamin dan menetapkan 8 Mac ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd