• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muka Ditoreh, Bekas Teman Lelaki Ditahan

oleh
14/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tidak puas hati selepas kekasih mahu memutuskan hubungan cinta yang dijalin sejak setahun lalu, dipercayai menjadi punca wanita berusia 24 tahun ‘ditoreh’ pada muka oleh bekas kekasihnya, Khamis lalu.

Harian Metro melaporkan wanita itu parah apabila bahagian mukanya ‘koyak’ lebih lima sentimeter dari bibir hingga ke pipi kanan selepas dikelar lelaki warga Bangladesh berkenaan dengan objek tajam, dalam kejadian 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata hingga kini pihaknya menahan dua lelaki warga Bangladesh, termasuk individu yang dipercayai bekas teman lelaki wanita itu bagi membantu siasatan.

Katanya, dua suspek berusia 20-an itu ditahan di Kajang, sehari selepas kejadian.

Katanya, hasil siasatan, seorang daripada suspek adalah bekas kekasih mangsa dan kejadian berpunca suspek cemburu serta tidak puas hati mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dilakukan dan dua suspek terbabit direman tujuh hari hingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, wartawan Harian Metro turut menghubungi mangsa yang juga penolong pengurus syarikat swasta bagi mendapatkan kenyataan berhubung kejadian itu, namun gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab. – BH Online

Tags: toreh muka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih

25/03/2019
0

PETALING JAYA - Perbuatan kejam seorang lelaki Bangladesh yang menoreh muka bekas kekasihnya berbalas selepas Mahkamah Sesyen di sini hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd