• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Julau, Keluarga Tahanan Ke Kemboja Rabu

oleh
11/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dijadual berlepas ke Kemboja pada Rabu ini bersama delegasi media serta ahli keluarga tahanan rakyat Malaysia di negara itu bagi meninjau situasi sebenar dan melihat keadaan mereka di sana.

Larry Sng dalam kenyataannya pada Ahad berkata, pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja telah berjaya mengatur lawatan delegasi tersebut ke penjara Banteay Meanchey.

“Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa pihak AirAsia juga akan turut serta dalam Misi Menyelamat serta membawa pulang tahanan rakyat Malaysia dengan membiayai kos membawa pulang ke tanah air.

“Saya berasa amat berbangga kerana banyak pihak yang tampil menghulurkan pelbagai bentuk bantuan tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun fahaman politik,” katanya.

Pada Khamis lalu, Kementerian Luar mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Mereka dikatakan ditahan di negara tersebut setelah terpesona dengan janji gaji lumayan yang dipercayai didalangi sindiket pemerdagangan manusia dari China.

Sebahagian besar rakyat Malaysia yang ditahan itu dikatakan berasal dari Sarawak. – BERNAMA

Tags: KembojaTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

10/11/2025
0

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai dengan negara jiran, Kemboja, susulan insiden letupan periuk api yang...

Kemboja Mulakan Tarik Senjata Di Bawah Perjanjian Damai KL

Kemboja Mulakan Tarik Senjata Di Bawah Perjanjian Damai KL

27/10/2025
0

Kemboja mulakan tarik senjata di bawah Perjanjian Damai KL Phnom Penh: Kemboja memulakan pemindahan senjata tenteranya di sepanjang sempadan pertikaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd