• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Ke Kota Bharu, Langkawi Dari LTAM

oleh
07/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Syarikat penerbangan Malindo Air dijangka memulakan dua laluan baharu ke Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi, Kedah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini pada 1 Mac depan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata penerbangan dua hala itu akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad.

Beliau berkata inisiatif Malindo Air itu dilihat dapat membantu kerajaan negeri meningkatkan industri pelancongan Melaka sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.

“Berita ini telah disahkan pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad dan Malindo Air di LTAM dan ia amat ditunggu-tunggu rakyat Melaka dan orang awam yang ingin ke destinasi tersebut dengan mudah serta menjimatkan masa,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Rabu.

Sebelum ini Malindo Air pernah menawarkan laluan ke Kota Bharu dari LTAM namun ia dihentikan kerana syarikat berkenaan kekurangan pesawat dan sehingga kini, Malindo Air menawarkan penerbangan destinasi ke Pekan Baru, Indonesia dan Pulau Pinang dari LTAM.

Mengulas lanjut, Mohd Sofi berkata, masa penerbangan bagi laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.

Beliau berkata penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di lapangan terbang itu dan kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.

“Selepas ini, kita berharap Air Asia dapat membuka sekurang-kurangnya satu laluan berpontensi antaranya ke Langkawi, Pulau Pinang, Pekan Baru dan Bandar Seri Begawan, Brunei dari LTAM selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri memerlukan komitmen dan kerjasama berterusan daripada pelbagai pihak terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan yang ditawarkan di LTAM. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd