• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Harap F1 Akan Kembali Ke Malaysia

oleh
13/02/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berharap Malaysia akan terus menghasilkan lebih ramai bintang dalam sukan permotoran, bukan sahaja sebagai pelumba atau pemandu, tetapi juga sebagai jurutera.

“Malaysia kini bukan hanya melihat kepada perlumbaan sahaja, tetapi juga bidang kejuruteraan. Wang yang dibelanjakan untuk membina litar (Litar Antarabangsa Sepang) telah digunakan sebaiknya.

“Saya berharap F1 akan kembali (ke Malaysia) suatu hari nanti,” kata Dr. Mahathir dalam ucapan ringkas selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Sukan Permotoran Petronas SIC – Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) 2018 di Kuala Lumpur, malam semalam.

Beliau mengakui bahawa idea membina Litar Antarabangsa Sepang telah membuka jalan bagi pembangunan bakat tempatan dan pemindahan teknologi dalam sukan permotoran.

Dr. Mahathir berkata beliau mendapat idea untuk membina sebuah litar perlumbaan antarabangsa ketika melawat sebuah litar pelumbaan iaitu, Litar Autodromo di Portugal dan tidak pernah terfikir yang Malaysia akan mempunyai sebuah litar perlumbaannya sendiri.

“Saya dapat melihat penerimaannya amat baik, bukan sahaja untuk menonton perlumbaan F1, tetapi juga untuk menyertai perlumbaan itu sendiri,” katanya.

Dr. Mahathir merupakan penerima pertama Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. – BERNAMA

Tags: Formula 1Litar Antarabangsa Sepang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Bertemu 47 Rakyat Malaysia Yang Ditahan

Next Post

Melaka Berhasrat Jadi Hab Ikan Laga

Related Posts

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

Verstappen Laung Amaran Awal

03/03/2024
0

JUARA dunia tiga kali, Max Verstappen memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan sempurna apabila pelumba Red Bull itu mengetuai penamat satu...

Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung

Leclerc Rampas Petak Utama GP Amerika

21/10/2023
0

AUSTIN, Amerika Syarikat: Charles Leclerc meraih petak utama ketiganya musim ini ketika catatan sepusingan terpantas Max Verstappen dibatalkan dan merudum...

Next Post

Melaka Berhasrat Jadi Hab Ikan Laga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd