• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Treler Simen Langgar Lori Curi

oleh
14/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki ditahan beberapa jam selepas lori yang dilaporkan hilang di Setapak, Kuala Lumpur hari ini, terlibat dengan kemalangan maut di Kilometer 114.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah timur hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zuhdin Mahmud berkata, dua lelaki yang ditahan merupakan pemandu dan kelindan lori berkenaan yang dilaporkan hilang, selepas mereka mengalami kecederaan apabila kenderaan itu dirempuh sebuah treler pada pukul 7.20 pagi tadi.

“Pemilik lori membuat laporan kehilangan lorinya di Sentul, Kuala Lumpur pagi ini selepas menyedari kenderaannya hilang dipercayai akibat dicuri.

“Dua lelaki yang menaiki lori itu cedera di kepala dan kaki kerana kenderaan mereka terbabas dan terbalik, kesan daripada kemalangan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Zuhdin berkata, kemalangan juga menyebabkan pemandu treler Ahmad Thahir Samsu, 29, dari Felda Air Tawar, Kota Tinggi, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler itu merempuh lori yang berada di lorong kiri, menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut terbabas sebelum terbalik ke kiri jalan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan dan bedah siasat ke atas Ahmad Thahir juga dilakukan di hospital sama.

Zuhdin berkata, siasatan kemalangan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala siasatan berhubung kecurian lori dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd