• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hina Nabi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh
22/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook, Rabu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan sebaik tempoh reman tiga hari dikenakan terhadapnya tamat hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad ketika dihubungi, hari ini.

“Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 11 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, suspek terbabit ditahan di rumahnya di Mentakab, Temerloh, Pahang, Selasa lalu.

Suspek direman selama tiga hari bermula 20 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Pada 18 Februari lalu, dia memuat naik gambar karikatur berunsur penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah sebelum tular di media sosial.

Gambar itu ditulis dengan perkataan Muhammad pada lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia enam tahun sebagai Aisyah.

Penularan status berkenaan mengundang kemarahan dan rasa tidak senang umat Islam. – myMetro Online

Tags: Hina Nabi Muhammadislam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam

Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd