• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan IGP Ke Turki Bukan Atas Urusan Peribadi

oleh
12/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan laporan sebuah portal berita antarabangsa kononnya lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki adalah atas urusan peribadi.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, Ketua Polis Negara melakukan lawatan kerja ke negara itu untuk mempelajari kaedah-kaedah membanteras perjudian dalam talian.

Beliau turut mengesahkan lawatan Mohamad Fuzi itu mendapat kelulusan beliau.

“Pada peringkat awalnya saya fikir ia adalah tidak sesuai (untuk ke Turki) tetapi setelah diteliti, saya telah beri kebenaran kepada beliau untuk ke sana.

“Beliau ke sana adalah untuk mempelajari kaedah menangani perjudian atas talian dari negara lain dan bagi saya ia amat penting untuk dipelajari polis di negara ini bagi membanteras kegiatan sedemikian,” katanya pada majlis program lawatannya ke Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, di Semenyih.

Ahad lepas, sebuah portal berita antarabangsa melaporkan beberapa pegawai tertinggi PDRM termasuk Ketua Polis Negara pergi ke Turki atas tujuan peribadi.

Terdahulu, Muhyiddin turut membuat lawatan kerja dan merasmikan ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia yang baharu di Kajang. – BERNAMA

Tags: Mohamad Fuzi HarunMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd