• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Merokok Premis Makanan Di Sabah Bermula

oleh
01/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK Sabah diyakini sudah bersedia dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula hari ini, kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, Norazlinah Arif.

Beliau berkata sejak penguatkuasaanya dilaksana di peringkat pusat pada 1 Januari lalu, penduduk Sabah khususnya belia, turut mengambil inisiatif merokok di luar premis makanan dengan jarak tiga meter dari premis seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“(tidak dinafikan) Wujud rungutan perokok terbeban dengan larangan tersebut tetapi rungutan ini hanya bersifat peribadi, dan rata-rata perokok ini ada yang bersetuju atas dasar melihat kepentingan hidup bermasyarakat,” katanya ​kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina bagi daerah Kunak dan Semporna di Kunak, semalam.

Dalam pada itu, Norazlinah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak, percaya penguatkuasaan itu akan mengurangkan jumlah perokok di negeri ini.​​​​​​​

“Saya yakin apabila semua masyarakat sedar akan pentingnya menjaga kesihatan, maka jumlah perokok ini akan berkurangan dan dapat menyedarkan kesan kesihatan ke atas perokok pasif seperti golongan ibu dan kanak-kanak,” katanya lagi.​​​​​​​

Mengulas mengenai program hari ini, Norazlinah mahu semua premis perniagaan mematuhi harga barang kawalan yang ditetapkan dan tidak memanipulasi harga dan jika didapati terdapat salah laku berkaitan harga, masyarakat diminta untuk melaporkan kepada pihak berwajib. – BERNAMA

Tags: Larangan Merokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Larangan Merokok Tak Dihentikan

16/06/2020
0

BAGAN SERAI - Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi...

NGO Tak Setuju Ruang Khas Merokok Di Tempat Awam

10/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd