Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Kedah Alami Cuaca Panas...

ALOR SETAR: Penduduk Kedah dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar berikutan cuaca...

Rakyat Perlu Bersatu Hati...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Peguam Didakwa Pecah Amanah...

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di...

Tarif Elektrik Turun, Tambang...

PUTRAJAYA - Tarif elektrik untuk pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan...

Kes Bunuh Diri Seluruh Dunia Turun Mendadak

PARIS – Kejadian bunuh diri di seluruh dunia turun mendadak lebih satu pertiga sejak 1990, menurut satu analisis yang diterbitkan semalam bagi menunjukkan perbezaan ketara bilangan lelaki dan wanita yang membunuh diri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyenaraikan kes bunuh diri sebagai satu isu kesihatan awam yang kritikal dan menganggarkan hampir 800,000 orang mengambil nyawa sendiri pada setiap tahun.

Model data yang dibangunkan kumpulan terlibat dalam menyediakan laporan Beban Penyakit Global itu jelas menunjukkan trend penurunan dalam kadar kes bunuh diri.

Melalui keputusan yang diterbitkan dalam jurnal BMJ, kajian itu menganggarkan seramai 817,000 individu membunuh diri pada 2016 iaitu peningkatan kecil 6.7 peratus berbanding tahun 1990.

Bagaimanapun, sejajar dengan peningkatan mendadak populasi dunia sejak 30 tahun lalu, pasukan itu mendapati kadar bunuh diri menunjukkan penurunan dengan nisbah daripada 16.6 kepada 11.2 kematian bagi setiap 100,000 orang, penurunan sebanyak 32.7 peratus.

“Membunuh diri dianggap punca kematian yang boleh dielak dan kajian ini menunjukkan kita perlu meneruskan usaha ke arah pencegahan perbuatan itu,” kata saintis Agensi Kesihatan Awam Kanada yang juga penyelidik bersama kajian itu, Heather Orpana.

Analisis dalam laporan Beban Penyakit Global itu dijalankan setiap tahun oleh Institut Penilaian Metriks dan Kesihatan, sebuah badan yang separa dibiayai Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Di samping itu, orang lelaki didapati lebih cenderung mengambil nyawa sendiri berbanding wanita di semua kawasan dan peringkat usia, selain mereka dalam golongan berumur 15 hingga 19 tahun.

Di seluruh dunia, lelaki mencatatkan kadar membunuh diri 15.6 kematian berbanding 7.0 kematian untuk setiap 100,000 orang bagi wanita. – Agensi

Kategori