• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Mahu Kurang Belanja, Tangguh Projek Mega

oleh
25/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kerajaan mahu mengurangkan belanja atau menangguhkan pelaksanaan projek pembangunan mega di negara ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengulas laporan berita bahawa pasukan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada China akan tiba minggu ini untuk merundingkan projek yang digantung itu, perdana menteri berkata: “Harapan kami adalah untuk mengurangkan belanja kerana projek rel ini amat mahal. (Kosnya) lebih RM55 bilion (dan) negara akan mengambil masa 30 tahun untuk membayar pinjaman.

“Kita akan menyelesaikan (bayaran pinjaman) dengan kadar faedah yang tinggi, yang amaunnya akan berjumlah RM140 bilion.”

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang Metrod Holdings Bhd. di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak mampu menampung perbelanjaan besar seumpama itu pada ketika ini.

“Kita (kerajaan) sedang cuba mengurangkan kosnya atau, sekiranya boleh, kita mahu menangguhkan pelaksanaan projek itu bukan kerana kita tidak mahu (meneruskan projek ECRL).

“Masih agak awal untuk kita kerana kita tidak ada wang. Kini masanya untuk kita memastikan wang dibelanjakan dengan betul kerana kita banyak hutang,” kata Mahathir.

Selain daripada ECRL, Perdana Menteri berkata, negara menanggung hutang daripada 1MDB dan banyak yang lain yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

“Kini mereka beritahu kita bagaimana untuk mentadbir negara, semasa mereka mereka mentadbir negara mereka tidak lakukan kerja dengan baik.

“Kita perlu membelanjakan pendapatan yang ada untuk membayar hutang atau jika tidak, negara kita mungkin bankrap,” kata Mahathir. – BERNAMA

Tags: ECRLpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd