• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemarau: Hutan 3 Jajahan Berisiko Tinggi Kebakaran

oleh
18/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Hutan di tiga jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang berisiko tinggi boleh berlaku kebakaran pada musim kemarau bermula dari sekarang.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Anwar Abu Bakar berkata, sebahagian besar hutan di tiga jajahan itu mengandungi tanah gambut yang mudah berlaku kebakaran dan sukar dikawal.

“Mulai sekarang anggota bomba dan penyelamat di kawasan itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga selama 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Sepak Takraw Piala Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah di sini, malam tadi.

Anwar berkata, kejadian terbaharu berlaku di Beris Lalang di Bachok yang membabitkan kawasan seluas 2.4 hektar bermula minggu lepas dan dapat dikawal sehingga semalam.

Beliau berkata, kebakaran itu berpunca daripada aktiviti membakar sampah menyebabkan api cepat merebak ke kawasan sekitarnya termasuk membabitkan ladang kelapa sawit.

“Orang ramai juga perlu berwaspada dengan tidak melakukan pembakaran pada waktu kritikal iaitu waktu tengah hari dan petang kecuali pada waktu pagi sebelum embun kering,” katanya.

Katanya, pihaknya akan membekukan cuti anggotanya di kawasan itu jika berlaku kebakaran yang lebih serius terutama jika berhampiran kawasan penduduk. – BERNAMA

Tags: kebakarankemarau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd