• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Dipercayai Didera

oleh
21/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata mangsa Muhammad Hafiz Abdullah sebelum itu telah dibawa ke klinik kesihatan berkenaan pada 4 petang untuk mendapatkan rawatan, namun setelah diperiksa mangsa didapati telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baru di dada, kesan cucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan.

“Mayat kini berada di Hospital Pekan dan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi tujuan bedah siasat pada untuk mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Othman berkata hasil soal siasat yang dilakukan, bapa tiri mangsa berusia 54 tahun mengaku ada memukul mangsa pada hari kejadian.

Berikutan itu polis menahan suspek bersama ibu kandung mangsa yang berusia 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Deraibu-bapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Jumpa Patung Berhala Di Surau

Next Post

Rentung Dihempap Almari Dalam Kebakaran Di Bera

Related Posts

Bapa Didakwa Lambung Anak, Lilit Leher Dengan Kabel

Bapa Didakwa Lambung Anak, Lilit Leher Dengan Kabel

27/12/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melilit...

JKM Selamatkan Budak 4 Tahun Disyaki Didera

JKM Selamatkan Budak 4 Tahun Disyaki Didera

26/10/2024
0

Putrajaya : Kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera ibu bapanya, seperti tular di laman sosial media pada Khamis lalu,...

Next Post

Rentung Dihempap Almari Dalam Kebakaran Di Bera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd