• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Rugi RM34,810 Ditipu Lima Bulan

oleh
07/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang jururawat kerugian RM34,810 setelah diperdayakan selama lebih lima bulan dalam proses mendapatkan pinjaman wang yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendent Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa pembayaran itu dibuat secara berperingkat sejak 29 Ogos lepas.

“Mangsa mendakwa berminat untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM10,000 yang kononnya ditawarkan ejen pinjaman kewangan sebuah bank sebelum diarahkan berurusan dengan suspek lelaki yang menyamar sebagai pegawai bank.

“Kedua-dua suspek telah beberapa kali memintanya untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan atas alasan sebagai syarat meluluskan proses permohonan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, kali terakhir mangsa yang berkhidmat di Temerloh dekat sini, membuat bayaran yang diminta suspek ialah pada 31 Januari lepas sebelum berasakan dirinya ditipu kerana tidak pernah menerima pinjaman yang dijanjikan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: ditipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gila Hidu Bau Kasut Untuk Keseronokan Seks

Next Post

Langgar Lori Tangki, Pemandu Bas Maut, 10 Cedera

Related Posts

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

11/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Tawaran keuntungan antara 15 hingga 17 peratus antara taktik digunakan sindiket penipuan pelaburan untuk menarik dan memerangkap lebih...

Next Post

Langgar Lori Tangki, Pemandu Bas Maut, 10 Cedera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd