Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Lebih RM400 Juta...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM422.4 juta diperuntukkan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana...

Najib Sertai Solat Jenazah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan...

Kanak-Kanak Tanpa Dokumen Turut...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan hari ini menjelaskan perkhidmatan imunisasi turut diberikan kepada...

Benjamin Mora Tidak Bimbang...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Benjamin Mora tidak bimbang...

Janin Bayi Perempuan Dalam Tong Sampah

PUTRAJAYA – Satu janin bayi perempuan ditemui di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, janin yang dianggar dalam lingkungan tujuh hingga lapan bulan itu ditemui oleh pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan tersebut.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam pada 9.25 pagi memaklumkan ada jumpa janin bayi di dalam lori sampah setelah dimaklumkan oleh pekerja Alam Flora,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, pekerja terbabit menemui janin itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori.

Rosly berkata, janin berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.


Kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • janin

Kategori