• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Intervensi Bagi Kukuhkan Wang Simpanan Persaraan

oleh
08/02/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kewangan akan melakukan intervensi jika perlu untuk memastikan skim simpanan untuk persaraan rakyat dapat diperkukuhkan untuk jangka masa panjang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata skim dan polisi institusi kewangan berkaitan pelan persaraan dan simpanan rakyat mungkin akan dilihat semula apabila Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030.

Menurutnya, Kajian Khazanah Research Institute (KRI) menunjukkan terlalu ramai rakyat tidak mempunyai sumber kewangan bulanan mencukupi sekiranya berlaku kemalangan serta pesara pula habis menggunakan wang persaraan daripada institusi kewangan dalam tempoh lima tahun.

“Negara kita bergerak lebih pantas ke arah status negara tua daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kita perlu ada tindakan untuk memastikan apa juga fenomena dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Perhubungan Kerajaan & Sektor Awam Affin Hwang Asset Management Bhd di Ayer@8 di Putrajaya, hari ini.

Amiruddin berkata kerajaan akan turut melakukan intervensi dari semasa ke semasa untuk golongan pesara agar ia tidak akan menjejaskan segala kemudahan dan faedah yang dinikmati oleh golongan itu selama ini.

Namun, setakat ini, kerajaan tiada cadangan untuk kajian semula skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kumpulan pesara atau bakal pesara, katanya.

Kerajaan, katanya bagaimanapun telah menyediakan beberapa program seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), subsidi bekalan elektrik RM40 dan subsidi penggunaan air di beberapa negeri bagi melegakan tekanan perbelanjaan golongan pesara.

Kerajaan juga telah melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 (MySalam) dan Skim Perlindungan Kesihatan (PeKa) bagi kumpulan berpendapatan B40 bagi memastikan rakyat dan golongan pesara yang tergolong di bawah skim tersebut terbela dan berada dalam keadaan selesa tanpa perlu bergantung kepada anak-anak, katanya.

Mengenai pembukaan pejabat baharu itu, Amiruddin berkata pejabat yang telah beroperasi sejak November 2017 itu diharapkan dapat meningkatkan kemahiran para pegawai kementerian yang terbabit dalam menyemak, menilai dan menguruskan cadangan pelaburan yang dikemukan badan-badan berkanun dan agensi kerajaan.

Pengerusi Affin Bank Bhd., Jeneral (B) Dr. Mohd Zahidi Zainuddin berkata Affin Hwang Asset Management Bhd. tersenarai antara tiga syarikat pengurusan aset terbesar di Malaysia ketika ini, dengan 70 peratus entitinya dimiliki oleh Affin Hwang Investment Bank Bhd. manakala 30 peratus oleh Nikko Asset Management International Ltd.

Menurutnya, jumlah aset terkini di bawah pengurusan Affin Hwang Asset Management telah menjangkau RM48 bilion.

“Pembukaan pejabat di Putrajaya merupakan impian kami semenjak kami mula menguruskan dana badan-badan berkanun kerajaan.

“Matlamat pembukaan (pejabat) ini adalah usaha mengeratkan lagi perhubungan di antara Affin Hwang Asset Management dan kementerian di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, selain berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan pelaburan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kementerian kewanganPersaraan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd