• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingatkan Anjing Rupa-Rupanya Singa Gunung

oleh
10/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IDAHO – Seorang wanita di Idaho, Amerika Syarikat yang menyangka dia sedang meleraikan pergaduhan dua ekor anjing, terkejut besar apabila menyedari salah seekor daripadanya rupa-rupanya adalah seekor singa gunung.

Menurut laporan yang diterima Jabatan Perikanan dan Permainan Idaho, kejadian berlaku pada 30 Januari lalu sewaktu wanita itu cuba bertindak selepas melihat dua haiwan sedang bergaduh di hadapan rumahnya.

Selesai meredakan kedua-duanya, wanita itu akhirnya menyedari haiwan itu adalah seekor singa gunung jantan yang bengis.

“Wanita itu cuba menghalang anjing miliknya daripada menerkam singa gunung itu sambil berteriak kepada suaminya agar mencapai pistol. Suaminya akhirnya berjaya menghalau haiwan itu,” seorang pegawai jabatan itu memberitahu pihak media.

Kedua-dua, wanita dan anjingnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan selain hanya kesan calar.

Kelibat singa gunung sememangnya sering dilaporkan sejak kebelakangan ini di kawasan itu.

Ia menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Baru-baru ini seorang lelaki yang sedang berlari terpaksa mempertahankan diri dengan membunuh seekor singa gunung yang menerkamnya. – Agensi

Tags: singa gunung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd