Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

“Tak Lalok Ka, Kena...

POLIS akan tetap menjalankan siasatan terhadap pelakon wanita popular, Uqasha Senrose yang ditahan...

2 Rakan Didakwa Rompak...

KUALA LUMPUR - Dua rakan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Polis Siasat Penulis Surat...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah menjalankan siasatan terhadap penulis sepucuk...

Henti Semai Politik Kebencian...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman...

Ijazah Palsu: Marzuki Kekal Setiausaha Agung PPBM

PENJELASAN Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Marzuki Yahya mengenai isu sijil akademik palsu yang dikaitkan dengannya adalah memadai.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, Marzuki yang juga timbalan menteri luar akan kekal sebagai setiausaha agung parti berkenaan.

“Saya fikir dia telah beri penjelasan yang mencukupi.

“Penjelasan situasi keadaan sebenar, orang boleh berkata apa-apa, tapi saya sudah duduk bincang dengan dia dan dia telah keluarkan kenyataan.

“Bagi saya cukup memadai dan dia kekal sebagai Setiausaha Agung,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Lawatan Kerja ke Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia di Semenyih hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kedudukan Marzuki sebagai timbalan menteri kabinet akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelak.


Sebelum ini, aktivis politik Muhsin Abdul Latheef membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Zulfahan Pagon yang mendakwa program pengajian jarak jauh (PJJ) bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti oleh Marzuki tidak wujud di Universiti Cambridge. Marzuki kemudian mengemukakan bukti beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Logistik) dari Cambridge International University (CIU), Amerika Syarikat.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, beliau turut memaparkan salinan transkrip rekod akademik dan sijil ijazah daripada CIU sebagai bukti beliau seorang lulusan CIU dan bukannya University of Cambridge, United Kingdom.

Sementara itu, Muhyiddin berkata secara prinsipnya perbuatan berbohong adalah bertentangan dengan kerajaan Pakatan Harapan khususnya PPBM yang berpegang teguh kepada integriti dan kejujuran. – BERNAMA

Kategori