• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Agong: 20 NGO Lapor Polis

oleh
01/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua puluh badan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan badan politik di daerah ini membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md. Zain berkata, laporan itu dibuat terhadap pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Desmond Yongkor yang didakwa telah memuat naik gambar bersama kenyataan menghina Al-Sultan Abdullah.

Katanya, antara pihak yang membuat laporan hari ini ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Pahang, Gerakan Anak Melayu Pahang, Malaysia Relief Agency Pahang, Persatuan Kaum Kochow Kuantan, Persatuan Penghulu-penghulu Pahang serta Gabungan UMNO Kuantan.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai rakyat, kita perlu lebih beretika dalam mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi yang merendahkan Sultan Abdullah yang diketahui amat rapat dengan rakyat.

“Laporan ini juga bagi mempertahankan Sultan yang menjadi tonggak agama, bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Abdul Zaki menambah, hampir 100 masjid di daerah ini juga diminta membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Wakil NGO, Mohd. Sahril Abdullah yang juga Ketua Penerangan UMNO Kuantan menyifatkan penghinaan kepada ketua negara sebagai satu tindakan yang melampaui batas.

“Kami mahu supaya siasatan kes ini disegerakan supaya tindakan sewajarnya dapat dilakukan ke atas pemilik akaun berkenaan.

“Kita tidak mahu pelaku berkenaan hanya membuat permohonan maaf sahaja tetapi diharap dia dikenakan hukuman yang berat bagi memberi pengajaran kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Beli-Belah Kompleks Pertama Terbakar

Next Post

Mendiang Stan Lee Diraikan Ratusan Peminat, Selebriti

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

Next Post

Mendiang Stan Lee Diraikan Ratusan Peminat, Selebriti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd