• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Telefon Ganggu Fokus Memandu Hingga 10 Saat

oleh
04/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu secara tidak langsung boleh mengakibatkan fokus pemanduan terjejas sekitar lima hingga 10 saat atau pada kelajuan normal di lebuh raya, kenderaan seolah-olah bergerak tanpa kawalan kira-kira 160 meter.

Pakar Kejuruteraan Lebuh Raya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Ezree Abdullah berkata, ini termasuk pemandu menggunakan aplikasi seperti navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), menghantar atau menerima mesej, mengemas kini status dalam media sosial dan bermain permainan video.

Dalam situasi itu tidak ramai pemandu menyedari yang mereka sebenarnya telah mengalihkan pandangan pemanduan mereka dan menghilangkan fokus terhadap kenderaan yang sedang dikawal sekali gus boleh mengundangkan kemalangan jalan raya, katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Mohd Ezree berkata, memandu dalam kesesakan trafik dan kenderaan bergerak perlahan pula seperti di lebuh raya semasa musim perayaan ketika ini seharusnya diberikan tumpuan yang lebih berbanding pemanduan biasa.

“Budaya masyarakat kita bila jalan sesak atau kereta bergerak perlahan sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam, masa itu mereka ambil peluang untuk ‘bermain’ telefon dengan merakam gambar, menghantar atau membalas mesej dan bermain permainan video.

Tingkah laku sedemikian boleh mengundang kemalangan kerana ada perkara yang boleh berlaku di luar jangkaan kita seperti kereta di hadapan brek mengejut, motosikal atau kenderaan lain melintas secara tiba-tiba dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Ezree menasihatkan pemandu mengubah sikap dengan memberi perhatian yang lebih serius khususnya ketika memandu pada jarak yang jauh dan pada cuti panjang kerana terdapat peningkatan kenderaan di jalan raya yang boleh menyebabkan peningkatan kadar kemalangan. – BERNAMA

Tags: pemanduantelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd