• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gareth Bale Tak Mahu Bertutur Bahasa Sepanyol

oleh
12/02/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIARPUN sudah enam tahun Gareth Bale meninggalkan Tottenham menyertai Real Madrid pada 2013 namun dia masih tidak bertutur bahasa Sepanyol.

Menurut Marca, rakan sepasukan Real Madrid iaitu Marcelo mengatakan Bale masih ‘hanya bertutur bahasa Inggeris’.

Desas-desus itu hadir bersama kebimbangan semakin meningkat terhadap masa depan Bale bersama kelab itu dan mengakui dia gembira sekalipun terdapat segelintir penyokong berang terhadapnya.

Selepas penghijrahan Cristiano Ronaldo dan Kiko Casilla, Marcelo mengakui dia kini berasa sunyi di bilik persalinan.

“Sekarang saya tidak mempunyai sesiapa di sebelah saya tetapi Bale tidak bercakap, dia hanya bertutur bahasa Inggeris, jadi kami berkomunikasi dengan lenggok badan dan menyapa ‘hi, hello dan good wine’.”

Bale baru-baru ini menjaringkan gol ke-100 untuk Real Madrid.

Bagaimanapun, masa depannya tidak menentu dan masih belum dapat mengisi posisi Ronaldo sejak bintang Portugal itu menyertai Juventus.

Baru-baru ini, Bale dikatakan memiliki personaliti pemalu dan enggan bercakap menjadi punca tidak dapat menyesuaikan diri dengan kebanyakan pemain di kelab itu.

Jika Bale tidak bertutur Sepanyol memang mudah melihat mengapa dia sukar serasi bersama rakan sepasukannya.

Malah, Bale terus diancam kekal di Real apabila terpaksa bersaing dengan pemain ‘wonderkid’ Brazil Vinicius Junior sekaligus menguatkan spekulasi terpaksa mencari kelab baru yang kembali hangat diperkatakan di negara itu.

Manchester United adalah kelab paling konsisten dikaitkan dengan usaha untuk membawa balik semula Bale ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bale sebelum ini menceriakan penyokong Real Madrid ketika menjaringkan gol menarik final Liga Juara-Juara (UCL) dan bermain dengan baik pada Piala Raja Sepanyol.

Apapun penyokong kecewa dengan kecederaan yang kerap melanda pemain berusia 29 tahun itu.

Mereka juga cepat menyalahkan Bale dan mengkritiknya kerana terlepas peluang ketika menentang Barcelona pada perlawanan pertama Piala Raja Sepanyol, minggu lalu. – Daily Mail

Tags: bahasa sepanyolGareth Bale
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bale Boleh Pergi Sekarang – Zidane

22/07/2019
0

LONDON – Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengesahkan Gareth Bale akan djual dan berharap pemain itu boleh mencari kelab baharu...

“Bale, Kamu Tak Diperlukan Di Bernabeu” – Zidane

08/05/2019
0

SEPANYOL – Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengesahkan kepada Gareth Bale tidak lagi diperlukan di kelab itu. Katanya, karier bintang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd