Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Masyaallah.. Bayi Ini Melecur...

"BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"Sesungguhnya keluarga bayi ini diuji dengan...

Netizen Kecam Aliff Syukri...

MUNGKIN tak semua kebahagiaan perlu diabadikan menerusi perkongsian di laman sosial, apatah lagi...

Kembar Parasit Melekat Pada...

SEORANG bayi dilahirkan dengan kembar parasit yang melekat di badannya dalam kes yang...

Pamer Sikap Rasis, Lim...

KENYATAAN rasmi kerajaan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa...

FIFA Akui Jasa Al-Sultan Abdullah

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) merakam ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas sumbangan besar baginda selaku anggota majlis eksekutif badan induk bola sepak dunia itu antara 2015 hingga 24 Januari lalu.

Al-Sultan Abdullah yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan peletakan jawatan baginda kepada FIFA menerusi sepucuk surat bertarikh 8 Februari lalu selepas baginda diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lalu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Tuanku atas perkhidmatan yang cemerlang serta tidak ternilai kepada FIFA dan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha Tuanku dalam mempromosikan bola sepak, melindungi integritinya serta menyebar luas sukan itu kepada semua selain membangunkan institusi yang le­bih kukuh di negara Tuanku, rantau dan dunia,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino dalam surat balas semalam.

Infatino mendedahkan, Seri Paduka terlibat sebagai anggota jawatankuasa dalam pelbagai kejohanan yang disokong FIFA sejak tahun 1994.

Antaranya ialah anggota Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Bola Sepak Olim­pik FIFA (1994-1998), Jawatankuasa Fairplay dan Tanggungjawab Sosial (1994-2002), Jawatankuasa Strategik (1998-2002) serta Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan bagi tempoh 1999-2002 dan 2007-2012.

Al-Sultan Abdullah juga terlibat dalam Jawatankuasa Etika (1999-2002), Jawatankuasa Penganjur Piala Konfederasi FIFA (2002-2007), Jawatankuasa Bola Sepak (2012-2017), Jawatankuasa Pe­nganjur Piala Dunia FIFA, Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun dan Jawatankuasa Persatuan Anggota (2015-2017).

“Menerusi pembabitan dalam dunia bola sepak selama lebih 25 tahun, Tuanku memberi sumbangan ketara kepada pembangunan bola sepak dan juga usaha promosi sukan ini serta nilainya di seluruh dunia,” kata Infantino.


Jelasnya, FIFA akan merasai kehila­ngan sumbangan Al-Sultan Abdullah dan berharap persahabatan serta hubungan baik tersebut akan berterusan.

Dalam surat itu, beliau turut me­rakamkan ucapan tahniah kepada Al-Sultan Abdullah susulan pengisytiharan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Al-Sultan Abdullah, 59, melafaz sum­pah jawatan sebagai Yang di-Pertuan A­gong dalam satu istiadat di Istana Negara pada 31 Januari lalu. – BERNAMA

Kategori