• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Model Jutawan, Kini Merempat

oleh
07/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Bekas model jelita yang pernah meraih pendapatan jutaan ringgit setahun pada 1980-an kini hidup merempat di kaki lima di bandar raya Barcelona, Sepanyol.

Ketika kemuncak kerjaya, Nastasia Urbano, 57, pernah menghiasi muka depan majalah Vogue, sering menjadi model utama pertunjukan promosi fesyen bersama supermodel lain, termasuk Linda Evangelista, malah pernah menjadi model pewangi keluaran Yves Saint Lauren, Opium.

Wanita itu yang memulakan kerjaya sebagai model ketika berusia 20 tahun digelar ‘ratu’ oleh rakan model lain kerana pencapaian tingginya dalam industri fesyen.

Saat kejatuhannya bermula selepas berkahwin dengan lelaki pisau cukur yang mengikis semua hartanya menyebabkan dia kini tinggal sehelai sepinggang.

“Satu-satunya perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup sepanjang perkahwinan saya ialah dikurniakan tiga orang anak. Suami menghabiskan semua wang saya.

“Dalam tempoh dua hari kami berkenalan, dia sudah meminta saya membelikannya kereta BMW. Saya hanya seperti orang bodoh apabila terus memberi cek kepadanya kerana mabuk cinta,” katanya.

Kehidupannya semakin teruk apabila mengalami masalah kemurungan dan banyak kali dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa dan kini dia menumpang di rumah rakan yang bersimpati jika berpeluang dan jika tidak, gelandangan di kaki lima bank. – Agensi

Tags: jutawanmodel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd