• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diskaun 20 Peratus Tambang KTM Bermula 1 April

oleh
20/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENUMPANG Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter warga Malaysia akan menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus mulai 1 April, umum Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.

Menurutnya, inisiatif itu akan memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari di lima jajaran iaitu Padang Rengas-Butterworth; Butterworth-Padang Besar; Port Klang-Tanjung Malim; Seremban-Batu Caves; dan Sungai Gadut-Tampin.

“Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan sistem transaksasi tanpa wang di stesen-stesen komuter, mereka sudah pun menikmati diskaun 20 peratus dan akan mendapat tambahan 20 peratus yang diputuskan hari ini. Jadi mereka mendapat diskaun sehingga 40 peratus.

“Ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan komuter secara harian. Ini adalah inisiatif kerajaan memandangkan faktor kos pengangkutan merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada kos sara hidup,” kata Loke pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya.

Loke berkata pemberian diskaun 20 peratus itu dijangka menyebabkan pengurangan hasil sebanyak RM43 juta setahun kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan ini akan ditampung oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Beliau berkata inisiatif itu akan disemak semula setiap tahun.

Loke berkata inisiatif pemberian diskaun itu diharapkan dapat meningkatkan jumlah penumpang KTM Komuter antara 120,000 ke 130,000 pengguna.

“Tujuan beri diskaun ini antara lain untuk ‘boost ridership’. Sejak kebelakangan ini, jumlah pengguna menggunakan komuter telah berkurangan disebabkan oleh projek menaik taraf landasan keretapi yang telah menyebabkan kekerapan tren di stesen-stesen telah berkurangan.

“Kalau dulu kena tunggu 20 minit, sekarang kena tunggu 40 minit. Ramai orang merungut kerana tren lambat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata pihaknya sedang merancang untuk menambah perkhidmatan bas perantara Stesen Transit Aliran Massa (MRT) ke kawasan perumahan termasuk di Semenyih. – BERNAMA

Tags: Ktm Komuter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

Next Post

Pasukan Khas Ditempatkan Di 6 Stesen MRT

Related Posts

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

13/08/2022
0

SEREMBAN - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk ke dalam pengangkutan itu secara percuma...

KTMB Umum Perubahan Jadual Operasi KTM Komuter

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan mengalami perubahan jadual waktu tren bermula 21...

Next Post

Pasukan Khas Ditempatkan Di 6 Stesen MRT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd