• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derma Bantu Pemandu Langgar Ferrari

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Nasib malang seorang penghantar barang yang melanggar empat kereta Ferrari dalam kemalangan ketika pulang bekerja mendapat simpati pengguna media sosial yang berjaya mengumpul derma lebih £135,000 (RM723,289) untuk membantunya membayar ganti rugi.

Daily Mail melaporkan, Lin Chin-Hsian, 20, yang bekerja sebagai pemandu penghantaran makanan dikatakan terlelap ketika memandu akibat kepenatan sebelum merempuh kenderaan mewah berkenaan.

Kejadian berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu, apabila Lin yang bekerja demi membantu ibu menyara keluarga memandu pulang selepas tamat syif malam.

Kerana terlalu penat, dia terlena seketika lalu merempuh tiga kereta jenis Ferrari 488 dan Ferrari F12 menyebabkannya terpaksa membayar ganti rugi.

Semua kereta mewah itu dikatakan diletakkan pemiliknya di tepi jalan dan kemalangan itu mendapat liputan meluas di Taiwan namun orang ramai merayu pemilik Ferrari terbabit memaafkan Lin.

Menurut Jabatan Kebajikan Sosial New Taipei, seramai 830 orang menyalurkan derma kepada Lin dan keluarganya kerana tersentuh dengan kemiskinan pemuda terbabit.

Balai polis turut dihujani dengan panggilan orang ramai yang bersedia untuk memberi derma kepada Lin dan ada individu bernama Chen memberi sumbangannya lebih £5,000 (RM26,788), lapor Epoch Times.

Sejak kematian bapa lima tahun lalu, dia dan dua lagi adik beradiknya dibesarkan ibu yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Lin berkata, dia bersyukur kerana orang ramai begitu baik hati untuk menawarkan bantuan dan memberi sokongan kepadanya.

“Ada di antara mereka sanggup memandu ke tengah bandar Taiwan dan bertanya di mana untuk menderma wang kepada saya,” katanya.

Lin yang pernah melanjutkan pengajian di Universiti Sains dan Teknologi Tenggara namun terpaksa berhenti untuk membantu ibunya.

BBC melaporkan, salah seorang pemilik kereta mewah itu berasa serba salah namun dia tetap memerlukan ganti rugi untuk membaiki kerosakan. – Agensi

Tags: DERMAFerrarikemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd