Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Tun M Sifatkan Jamaluddin...

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang...

Sejak Bila SPRM Mengesahkan...

KUALA LUMPUR - Sejak bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tanggungjawab untuk...

Kerjasama Malaysia-Korea Selatan Dilonjak...

SEOUL - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Malaysia sedang...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Pemimpin Malaysia dan Yemen hari ini bertemu bagi membincangkan bidang kerjasama...

Cinta Lima Tahun Nabil, Sarah Terlerai

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 31, mengesahkan hubungan cintanya dengan Sarah Hilderbrand putus sejak dua minggu lalu.

Malah, Nabil turut memadamkan gambarnya bersama Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 28, di laman sosial Instagramnya.

“Saya memang tidak menjangkakan semua ini (boleh berlaku). Antara kami kini sudah tiada apa-apa lagi.

“Memang perselisihan faham perkara biasa dalam perhubungan dan saya cuba untuk menyelesaikannya. Namun, akhirnya kesilapan seperti jatuh pada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran sebuah jenama kosmetik, di sini.

Menganggap perpisahan berkenaan sesuatu yang terlalu sukar untuk diterima, Nabil bagaimanapun akur dengan ketentuan takdir.

“April depan, sepatutnya genap lima tahun hubungan kami. Apa pun, nak buat macam mana? Tak ada jodoh.


“Saya sendiri berasakan sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan ini. Kami seperti semakin menjauh. Saya turut berdoa, jika dialah jodoh saya, maka dekatkan dan begitulah sebaliknya.

“Akhirnya, saya dapat lihat petanda yang jelas, kami tidak lagi boleh bersama,” katanya yang turut berlakon dengan aktres dan model berkenaan dalam drama popular, Pujaan Hati Kanda.

Nabil juga mendakwa, selain menyekat dirinya di laman sosial terbabit, dia mendapat tahu Sarah kini sudah pun bertemu pengganti. -BERITA HARIAN

Kategori