• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bersatu Tak Campur Hal DAP, Apa Ronnie Mahu Bising”

oleh
14/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAUSAHA DAP Selangor, Ronnie Liu tidak memahami situasi sebenar di sebalik penyertaan bekas anggota Parlimen UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya menegaskan kesemua wakil rakyat berkenaan bukan lagi daripada UMNO sebaliknya merupakan Anggota Parlimen Bebas yang menyatakan hasrat untuk ingin bersama-sama dalam perjuangan Bersatu.

“Mereka tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Enam daripada mereka telah keluar daripada UMNO sejak Disember 2018 manakala seorang lagi keluar daripada UMNO sejak 1 Julai tahun lalu, jadi apa yang beliau (Liu) mahu bising dan kecewa sangat.

“Malah kami (Bersatu) tidak pernah campur hal ehwal dalaman DAP, sebaliknya kami menghormati prinsip kerjasama semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Liu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Pelek, semalam, yang menyifatkan bekas wakil rakyat UMNO yang diterima masuk ke dalam Bersatu sebagai ‘sampah’.

Liu turut menyatakan tindakan Pengerusi Bersatu, Dr. Mahathir Mohamad menerima mereka sangat mengecewakan kerana beliau (Dr. Mahathir) sebelum ini dikatakan pernah berjanji untuk tidak menerima golongan seperti itu.

Dalam pada itu, Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menasihati Liu supaya melihat kemasukan anggota Parlimen terbabit dari sudut gambaran luas dan bukannya secara sempit seolah-olah seperti ‘katak di bawah tempurung’.

Ini kerana, beliau berkata, kemasukan anggota Parlimen tersebut ke dalam Bersatu secara tidak langsung memperkuatkan lagi kerusi PH dalam Parlimen.

Dr. Mahathir pada Selasa mengumumkan penyertaan enam bekas Anggota Parlimen UMNO ke dalam Bersatu, iaitu Hamzah Zainudin (Larut), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Dr. Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan kad keahlian Bersatu kepada keenam-enam anggota parlimen tersebut serta Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermiyatie Samsudin yang telah menyertai Bersatu pada Disember tahun lepas.

Penyertaan kesemua wakil rakyat tersebut menjadikan jumlah Anggota Parlimen Bersatu ketika ini seramai 22 orang. – BERNAMA

Tags: BERSATUDAPpakatan harapanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd