• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas MP Kota Tinggi Didakwa 14 Tuduhan Rasuah Lagi

oleh
13/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas ahli lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 14 tuduhan menerima rasuah bagi bayaran ansuran kenderaan lebih RM23,000 pada 2014 dan 2015 daripada sebuah syarikat percetakan.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 56, yang juga bekas ahli Parlimen Kota Tinggi hadir ke mahkamah bersut hitam, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di depan Hakim Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-14, Ehsanuddin sebagai penjawat awam, iaitu ahli Lembaga Pengarah Felda yang bertugas di Felda, didakwa menerima bayaran ansuran kenderaan berjumlah RM23,540.68 bagi kereta bernombor WQP 329 miliknya melalui cek daripada Karya Hidayah Sdn. Bhd., yang mana tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya.

Difahamkan, kenderaan itu ialah BMW 3 Series.

Ehsanuddin dituduh melakukan semua pertuduhan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Taman Maluri, 250-252, Jalan Mahkota, Cheras, di sini antara 10 Februari 2014 dan 9 November 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Diana Nor Azwa mencadangkan wang jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan memohon syarat tambahan dikenakan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam, Datuk R Thrichelvam yang mewakili Ehsanuddin membantah syarat melapor diri di pejabat SPRM dengan alasan anak guamnya ialah ahli perniagaan sibuk.

Selain itu, Thrichelvam memberitahu mahkamah, pasport anak guamnya sudah diserahkan kepada Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Ahad lalu, selepas berdepan 2 pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan tanah.

Diana bagaimanapun berkata, syarat itu sepatutnya tidak menjadi masalah kerana tertuduh hanya dicadangkan melapor diri sekali setiap bulan.

Beliau turut memaklumkan tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, esok atas beberapa pertuduhan lagi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM minggu pertama setiap bulan serta menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

Ahad lalu, Ehsanuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 2 pertuduhan menerima suapan RM50,000 dan sebidang tanah daripada syarikat percetakan itu pada 2013 dan 2014. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd