• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Pramatang Bersaiz Picagari 5 Kali Nyaris Maut

oleh
12/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bayi pramatang yang ketika dilahirkan dengan berat tidak sampai 500 gram, iaitu sebesar picagari menunjukkan kekuatan luar biasa apabila masih hidup selepas enam bulan dilahirkan walaupun sudah lima kali hampir maut dan enam kali menjalani pembedahan.

Menurut laporan Daily Mail, bayi lelaki bernama George yang dilahirkan tiga bulan lebih awal pada Julai tahun lalu, sudah menjalani lebih 20 kali pemindahan darah serta beberapa kali pembedahan.

Ibunya, Hanna Rose, 25, dan pasangannya, Daniel Bownes, 27, hampir putus harapan selepas diberitahu bayi mereka akan mati akibat meningitis dan sepsis namun menakjubkan kerana George terus hidup dan bayi itu yang kini berusia sembilan bulan semakin sihat.

Hanna berkata, enam minit selepas dilahirkan, George terus dimasukkan ke dalam inkubator di unit rawatan rapi.

“Dia terus dibedah selepas itu. Kami tidak boleh menyentuhnya kerana dia dilahirkan dengan kulit yang amat sensitif,” katanya.

George mengalami usus mati atau ‘necrotizing enterocolitis (NEC)’ yang biasanya berlaku kepada bayi pramatang menyebabkan organ lain bermasalah termasuk hati membengkak selain kehilangan darah.

Akibat kelahiran pramatang juga, George mengalami meningitis dan sepsis, sekali gus peluang untuknya hidup amat tipis.

Pasangan itu diberitahu oleh hospital bahawa doktor sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa bagi menyelamatkan George.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila bacaan nadi bayi itu semakin baik walaupun jangkitan dialaminya agak teruk dan sukar untuk pulih.

“Melihat keadaan George sekarang, ia seperti keajaiban kerana semua orang termasuk kami yakin dia tidak hidup lama,” kata Hanna.

Bayi itu yang kini mempunyai berat kira-kira 2.72 kilogram menjalani proses pemulihan di rumah namun masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Ibu bapa bayi itu juga berusaha mencari dana melalui GoFundMe bagi menampung kos fisioterapi George setiap dua minggu dan bayi itu juga dijangka menjalani pembedahan kali ketujuh pada jantungnya. – Agensi

Tags: bayi pramatang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Pecah Rekod Dunia

02/03/2019
0

BAYI pramatang yang ketika dilahirkan hanya seberat 268 gram, iaitu hanya sebesar bawang besar memecah rekod dunia sebagai bayi paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd