Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Berpegang...

PUTRAJAYA - Penjawat awam perlu berpegang kepada 'Aku Janji' perkhidmatan awam dengan menjalankan...

Lelaki Transgender Di Ecuador...

PELIK tetapi benar, itulah yang boleh diungkapkan apabila anda membaca kisah 'ajaib' transgender...

Luah Amaran Kepada Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Rakyat harus hantar amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi...

Dilarang Pakai ‘Black Panthers’,...

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari dilarang memakai baju ‘Black Panther’ dalam kejohanan tenis...

Axiata Kembali Rancang IPO Edotco

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd mengkaji semula untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) terhadap anak syarikatnya, edotco Group Sdn Bhd, demikian menurut sumber.

Katanya, penasihat Axiata baru-baru ini meneruskan semula perancangan itu, yang mana ia ditangguhkan pada tahun lalu.

Beliau berkata, Axiata merancang untuk menyenaraikan unit itu di Bursa Malaysia seawal tahun ini dan mensasarkan nilai syarikat sekitar AS$2.5 bilion (RM10.16 bilion).

“Syarikat itu dijangka ingin meraih sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM2.03 bilion) daripada penyenaraian itu, walaupun rancangan masih belum dimuktamadkan.

“Axiata kini sedang menyelesaikan beberapa isu teknikal sebelum menghantar permohonan berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, syarikat itu pada mulanya merancang untuk menyenarai IPO terbabit tahun lalu, namun ia ditangguh disebabkan kemerosotan pasaran ekuiti dan pembelian menara di Pakistan daripada Veon Ltd ditangguh.


edotco ditubuhkan pada 2012 dan memiliki lebih 29,300 menara di seluruh Malaysia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, Pakistan dan Mynmar.

Wakil daripada Axiata berkata, syarikat itu pada masa ini enggan mengulas lanjut.

Axiata mempunyai pegangan 63 peratus dalam edotco manakala selebihnya dimiliki Khazanah Nasional Bhd, Innovation Network Corp dari Jepun dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) . – AGENSI

Kategori