• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anugerah Oscar 2019 Tanpa Kehadiran Pengacara

oleh
09/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELANG 30 tahun, majlis Anugerah Akademi 2019 anjuran Academy of Motion Pictures Arts and Sciences akan sekali lagi berlangsung tanpa dikendalikan oleh pengacara seperti kelazimannya.

“Kami sahkan bahawa tidak akan ada pengacara pada Anugerah Akademi,” kata jurucakap penganjur kepada media antarabangsa.

Majlis gilang-gemilang yang mengiktiraf karyawan filem Hollywood itu akan diadakan pada 24 Februari ini dan dijangka berlangsung selama tiga jam.

Pada Disember lalu, pengacara Anugerah Akademi atau Oscar 2019 menjadi polemik selepas pelakon komedi, Kevin Hart membuat keputusan menarik diri daripada bersetuju mengendalikan acara itu.

Penarikan diri Hart beberapa jam selepas namanya diumumkan sebagai pengendali acara berprestij itu dibuat selepas dia menerima kecaman kerana memuat naik kenyataan berbaur homofobia di laman Twitter.

Selepas memohon maaf di atas keterlanjurannya, Hart membuat keputusan untuk tidak menjadi pengacara Oscar 2019.

“Saya memilih untuk berundur sebagai pengacara Oscar tahun ini kerana saya tidak mahu menganggu acara yang seharusnya diraikan oleh banyak artis berbakat,” ujar Hart lagi.

Difahamkan, penerbit Anugerah Akademi ke-91 juga merancang untuk memperkenalkan format baharu dengan seleksi artis Gred A Hollywood akan diundang bagi mengumumkan pelbagai segmen.

Kali terakhir Oscar diaadakan tanpa kehadiran pengacara ialah pada 1989.

Pengacara atau hos Oscar merupakan perkara yang sangat penting bagi penganjur majlis berkenaan kerana individu yang mengendalikannya akan menjadi penentu kejayaan acara tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa pengacara Oscar sering dikritik.

Aktor Neil Patrick Harris misalnya, menjadi mangsa kritikan pada 2015 dan memberitahu dia sudah serik serta tidak akan melakukannya lagi.

Dua edisi Oscar sebelum ini dikendalikan oleh personaliti televisyen terkenal, Jimmy Kimel sementara pelakon komedi, Chris Rock pula mengendalikan acara yang sama dua kali iaitu pada 2005 dan 2016 sementara pengacara ternama, Ellen DeGeneres pula menjadi hos pada 2007 dan 2014.

Billy Crystal diberi tanggungjawab yang sama selama sembilan kali manakala Raja Oscar, Bob Hope poula menempa sejarah kerana mnenjadi pengacara Oscar selama 18 tahun pada 1940 hingga 1978. – Agensi

Tags: oscarpengacara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Kecam Ucapan Tahun Baharu Cina PM Kanada

Next Post

Medan Magnetik Kutub Utara Dikesan Semakin Beralih

Related Posts

Michelle Yeoh Menang Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Michelle Yeoh Menang Pelakon Wanita Terbaik Oscar

13/03/2023
0

HOLLYWOOD : Pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi anugerah Oscars Kali Ke-95 yang...

Will Smith Lepaskan Keahlian Oscar

02/04/2022
0

SELEPAS kontroversi menampar pelawak Chris Rock, Will Smith akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan keahlian Akademi Seni dan Sains Filem atau...

Next Post

Medan Magnetik Kutub Utara Dikesan Semakin Beralih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd