• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Wanita Jadi Mangsa Ragut

oleh
22/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis wanita berpangkat Detektif Sarjan terpaksa berputih mata selepas menjadi mangsa ragut seorang penunggang motosikal dalam satu kejadian di hadapan bangunan Koperasi Polis Kampung Attap di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, dalam kejadian sekitar pukul 11.15 pagi itu mangsa, Selmah Mohamed Yusof, 59, yang bertugas di Bahagian Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah didatangi oleh seorang individu yang menunggang motosikal sewaktu dia berada di hadapan bangunan berkenaan.

“Individu berkenaan yang datang dari arah belakang seterusnya bertindak meragut beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai berjumlah RM50 serta beberapa keping kad yang disandang di bahu kanannya sebelum memecut melarikan diri.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 17 saat yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal meragut beg tangan seorang wanita yang merupakan anggota polis berpangkat Detektif Sarjan tular di media sosial hari ini.

Menurut Shaharuddin, mangsa gagal mengecam wajah serta nombor pendaftaran motosikal ditunggang suspek berikutan kejadian berlaku dengan pantas.

“Saksi bebas yang ditemui di lokasi kejadian pula mendakwa hanya mengetahui tentang kejadian selepas terdengar jeritan daripada mangsa.

“Pihak polis akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tags: kes ragut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

06/04/2025
0

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd