• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Solat Jumaat Di Masjid Kampung Baru

oleh
01/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 1.12 tengah hari diiringi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘Raja DiDaulat, Negara Dimartabat’ disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Baru, Muhammad Asem Salleh Sani dan memimpin solat Jumaat, bersama kira-kira 7,000 jemaah.

Selesai solat Jumaat, Seri Paduka kemudian berkenan beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid jam 2.20 petang.

Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 24 Januari lalu menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016. – – BERNAMA

Tags: solat JumaatYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

12/06/2026
0

KOTA TINGGI – Sekeping gambar memaparkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar menikmati...

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

05/06/2026
0

MERSING – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama anggota tentera di Masjid Kem Seri Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd