Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

FRIM Hasil Produk Anti...

SETIU - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) terus mencipta inovasi baharu dalam bidang...

KPWKM Cadang Insurans Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang memperkenalkan pelan perlindungan...

Op Cantas Khas 2:...

PASIR MAS - Op Cantas Khas 2 yang dijalankan polis di sekitar daerah...

Teliti Masalah Di Sabah...

KOTA KINABALU - Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah menyambut baik langkah kerajaan persekutuan...

Adib Mahu Guna Telefon Bimbit

SHAH ALAM : Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, mahu menggunakan telefon bimbit ketika berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), tahun lalu.

Ketua ICU di Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Suneta Sulaiman, 44, berkata Muhammad Adib meminta telefon bimbit itu dengan cara menulis di papan putih ‘nak phone’ kemudian menunjukkan tanda isyarat dengan tangannya.

“Disebabkan pesakit tidak boleh bercakap, kami berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan ada kalanya pesakit menulis di papan putih.

“Pesakit (Muhammad Adib) boleh menulis dengan menggunakan tangan kiri dan dibantu oleh jururawat,” katanya yang juga saksi ke-15 dalam prosiding inkues yang diadakan bagi mengetahui punca kematian anggota bomba itu, pada hari ke-10.

Dr Suneta yang juga pakar bius, berkata beliau kemudian berbincang dengan pasukan doktor yang merawat Muhammad Adib berhubung hal berkenaan.

“Selepas berbincang dan bersetuju saya bercakap dengan pesakit (Muhammad Adib), dia boleh guna telefon tetapi perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

“Pesakit tidak disaran untuk melihat dan membaca apa saja kandungan yang mempunyai kaitan dengan kejadian kekecohan sehingga menyebabkan dia berada di hospital.

“Saya beritahu pesakit bahawa dia hanya dibenar menggunakan telefon untuk bercakap dengan ibu, bapa, adik-beradik dan tunang saja. Telefon akan diberi kepadanya tetapi tidak kerap,” katanya ketika disoal Pegawai Pengendali Kes, Zhafran Rahim Hamzah.

Dr Suneta berkata, syarat lain ialah beliau memberitahu Muhammad Adib supaya memberikan kerjasama sepanjang tempoh rawatan dengan mengikuti arahan doktor dan jururawat malah selepas ditanya sama ada setuju dengan semua syarat, anggota bomba itu mengangguk kepala tanda faham.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Muhammad Adib sedar dengan apa yang berlaku atau pun ketika itu mangsa masih halusinasi disebabkan ubat sedatif, Dr Suneta menjawab bahawa Muhammad Adib sedar kerana boleh menjawab soalannya dan mengikut arahan yang diberikan.


Beliau berkata, sepanjang tempoh Muhammad Adib berada dalam ICU, mangsa menunjukkan tindak-balas positif ketika dipasang mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

Namun, katanya walaupun demikian, Muhammad Adib masih berada pada tahap ‘critical ill’ kerana dia dalam pengawasan ICU.

Bagaimanapun, Dr Suneta memberitahu pada hari ke-16 iaitu 14 Disember 2018, pesakit sudah mula menunjukkan tanda kritikal apabila kelihatan letih, bernafas dengan laju dan terdapat tompokan darah beku dalam paru-parunya.

“Pesakit mula tunjuk tanda-tanda letih dan sukar bernafas sejurus selepas ECMO dihentikan antara 11 hingga 14 Disember dan keadaannya berlarutan sehingga pesakit meninggal dunia pada jam 9.41 malam, 17 Disember 2018,” katanya.

Muhammad Adib yang parah dalam kejadian rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu

itu menghembuskan nafas terakhir selepas 21 hari bertarung nyawa, pada 17 Disember 2018 di IJN.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung petang ini. -BERITA HARIAN

Kategori