• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Dalang Utama Sindiket Penculikan Ditembak Mati

oleh
12/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing dipercayai anggota sindiket penculikan warga asing mati ditembak polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Taman Mudun, Batu 9, Cheras, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata kejadian 1.35 pagi itu melibatkan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur yang membuat serbuan ke atas sebuah rumah, selepas menerima maklumat berhubung kes penculikan seorang warga asing.

“Suspek-suspek yang ditumpaskan dipercayai sindiket penculikan warga asing yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Selain itu, seorang mangsa culik warganegara Bangladesh berusia 30-an telah diselamatkan. Lelaki itu diculik Jumaat lepas di sekitar Sentul.

“Pemeriksaan ke atas 2 suspek itu tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. Polis turut menemui pistol 9mm dan parang yang digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang daripada suspek yang ditembak mati itu dipercayai dalang utama sindiket terbabit dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti kedua-dua suspek.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: sindiket penculikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd