• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Haji Berupaya Bayar Dividen Bagi 2018

oleh
15/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) berupaya untuk membayar hibah (dividen) kepada 9.3 juta pendepositnya bagi 2018.

Ia dapat dilaksanakan setelah lembaran imbangannya dipulihkan, terutamanya dengan pindahan 106 ekuiti domestik tersenarai yang kurang menguntungkan ke syarikat tujuan khas, Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Zukri Samat berkata pindahan itu dianggap selepas pada 31 Disember, 2018.

“Jumlah (hibah) akan bergantung kepada prestasi kewangan kami berdasarkan kepada keuntungan yang kami boleh jana bagi 2018.

“Tetapi, janganlah terlalu mengharap bagi 2018 kerana kami baru sahaja menyelesaikan urus niaga itu,” katanya pada taklimat media mengenai kemajuan pelan pemulihan TH di sini, Selasa.

Pada 2017, TH mengisytiharkan pembayaran hibah 4.50 peratus dan bonus 1.75 peratus kepada pendeposit.

Zukri berkata TH menerima pengesahan daripada peguamnya bahawa semua pindahan aset, yang juga termasuk syarikat perladangan tidak tersenarai dan 20 hartanah dan tanah, telah ditandatangani dan semua hak telah diserahkan haknya.

Menurutnya, tanah Tun Razak Exchange (TRX) telah dijual kepada kerajaan pada harga premium.

“Mengenai persoalan mengapa TH memindahkan sebahagian daripada asetnya kepada syarikat tujuan khas itu, jawapannya adalah jika kami tidak melakukan apa-apa, kami tidak boleh membayar hibah bagi tahun-tahun yang akan datang,” jelasnya.

Menurutnya, sejumlah 106 aset domestik tersenarai yang kurang menguntungkan kebanyakannya adalah daripada sektor perladangan, minyak dan gas, hartanah dan pembinaan, di mana TH tidak mempunyai pegangan kawalan.

Saham yang kurang berprestasi mencatatkan kerugian tidak direalisasi sebanyak 96.5 peratus dengan 10 kaunter rugi utama menyumbang hampir RM4.6 bilion daripada kerugian tidak direalisasikan, katanya.

Bagi meningkatkan ketelusan pada masa depan, Zukri berkata TH akan menyediakan maklumat terkini setiap suku tahun mengenai prestasi kewangannya bermula suku pertama 2019.

Beliau berkata TH akan menilai dengan berhati-hati peruntukan asetnya untuk menjadi lebih berhemat dalam pelaburan dengan menumpukan kepada pendapatan tetap.

“Kami bukan pengurus dana, peranan kami adalah untuk mentadbir dana. Saya rasa fokus pelaburan perlu berubah. Kami sudah pastinya akan menilai dengan teliti peruntukan aset baharu ke atas pendapatan tetap dan bukannya ekuiti di mana kami akan mempunyai aliran pulangan yang mantap,” katanya. – BERNAMA

Tags: DividenTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd