• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Malaysia, 20 Pengikut Ditahan Polis Melaka

oleh
16/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DICEKUP… Seorang lelaki yang gelar dirinya Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi bantu siasatan polis.

Ia membabitkan kesalahan perdaya dan tujuan menipu. Suspek berumur 47 tahun yang sebelum ini mendakwa dia memiliki kekayaan di negara ini serta mempunyai kaitan dan kepentingan di beberapa negara lain.

Dia yang dakwa sebagai Sultan Malaysia berjaya ditahan pada Ahad lalu, sehari selepas biat sidang akhbar di sebuah kem modal insan di Sungai Rambai, menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh pasukan khas diketuai dirinya kira-kira pukul 3 petang susulan satu laporan polis dibuat Ketua Balai Polis Sungai Rambai sendiri berhubung sidang akhbar berkenaan.

“Dalam sidang akhbar dihadiri 100 pengikut itu, suspek yang dakwa dirinya pemerintah keseluruhan Malaysia turut mempamerkan beberapa barangan artifak dikatakan milik diraja sebagai bukti beliau merupakan pemerintah sah.

“Berikutan laporan yang telah dibuat, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan merampas kesemua artifak digunakan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di Jasin, Melaka.

Kata Arshad, antara yang dirampas pihak polis termasuklah 10 bilah keris, sebatang tombak, lapan bilah pedang, satu dulang tembaga dan satu jade bersalut tujuh gambar naga.

Tambah beliau lagi, pihak polis turut merakam percakapan seramai 20 individu pertubuhan tersebut bagi bantu siasatan dengan lebih lanjut.

“Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai empat rekod lampau di bawah kesalahan kes penipuan, curi dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak,” kata Arshad. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Sultan MalaysiaSultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'zulkarnain
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perodua Aruz Terima 2,200 Tempahan Setakat Ini

Next Post

Hishammuddin Masih Setia UMNO – Najib

Related Posts

‘Sultan Malaysia’ Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

20/01/2019
0

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya sebagai “Sultan Malaysia” atau ‘tuan punya' kerajaan Malaysia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman bermula...

Next Post

Hishammuddin Masih Setia UMNO - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd