• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Maut Ditikam 35 Kali Selepas Kritik Masakan Isteri

oleh
16/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita menikam suaminya sekurang-kurangnya 35 kali sehingga maut kerana mengkritik masakannya.

Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu hidangan yang dimasak isterinya tidak cukup masin sewaktu ada tetamu lain datang ke rumah mereka di wilayah Penza.

Isterinya, Evgenia, 31, menunggu sehingga lelaki itu tidur dan menikamnya sehingga mati di hadapan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.

Dia kemudian mengaku melakukan pembunuhan menggunakan pisau dan kini menjadi tahanan rumah.

Pasangan itu bertengkar selepas nelayan tersebut mengadu hidangan yang dimasaknya rasa ‘hambar’.

Mangsa mendakwa hidangan yang disediakan rasa sebegitu membawa makna bahawa wanita tersebut tidak mencintainya.

Pertengkaran antara mereka berterusan selepas pasangan tetamu masuk tidur dan mangsa mula memukul isterinya.

Setelah menikam Slava yang sedang tidur beberapa kali, Evgenia mengejutkan tetamu lelaki di rumahnya dan meminta agar dia menghubungi ambulans.

Pisau yang digunakan oleh Evgenia untuk membunuh suaminya.

Paramedik mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.

Polis berkata: “Tertuduh memberitahu insiden itu bukan kali pertama mereka berdua bertengkar.”

Penduduk tempatan mengkritik keputusan yang membenarkan suspek kekal menetap di kediamannya sebagai tahanan rumah untuk menjaga anaknya.

Mangsa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak perempuan berusia 19 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Laporan tidak menyatakan secara spesifik tentang menu yang dimasak oleh wanita itu. – Daily Mail

Tags: bunuh suamiisterimasakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd