• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Bukan Jabatan, Ada Seorang Ahli Buat Keputusan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Sebuah akhbar tempatan dedah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam situasi pelik apabila timbalan pengerusi dan lima ahli masih kosong kerana pelantikan belum lagi dibuat.

Menurut sumber, hanya seorang iaitu Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun yang ada dalam senarai Ahli SPR dan keadaan itu cetus persoalan cepumas, adakah sah sebarang keputusan ditetapkan suruhanjaya tersebut ketika ini.

Ini kerana berdasarkan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu ada tujuh ahli termasuk pengerusi dan timbalannya kerana jika tiada, apa-apa keputusan dibuat boleh dipertikaikan bercanggah dengan undang-undang.

Mengenai Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di ibu pejabat SPR hari ini, sumber itu memaklumkan mesyuarat dipengerusikan oleh Azhar dan cuma disertai para pegawai SPR.

Ketika ditanya perihal isu kehadiran sifar ahli SPR lain dalam mesyuarat mengenai PRK itu ekoran kekosongan masih belum diisi, sumber berkenaan enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara aneh tersebut.

“Anda boleh tanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Isu ini turut dipersetujui bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar yang dipetik akhbar sama.

“Ini suruhanjaya dan bukan jabatan kerajaan yang boleh diwakili ketua pengarah sahaja tetapi ia mesti ada ahli. Penubuhan SPR dan segala peraturan pilihan raya ada digariskan dalam perlembagaan persekutuan,” jelas beliau.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood bersama-sama empat Ahli SPR memutuskan untuk segera memendekkan tempoh perkhidmatan masing-masing yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Mereka adalah Datuk Md. Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong. Seorang lagi Ahli SPR, Datuk Bala Singam Karupiah juga dipercayai telah tamat perkhidmatannya.

Menurut Perkara 114, SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.

Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi ganti Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah yang terpaksa memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Julai 2018 ekoran tekanan politik selepas peralihan kerajaan baharu.

Keadaan janggal dalam SPR ketika ini yang cuma ada seorang ahli, turut bangkit persoalan layakkan Azhar seorang sahaja boleh putuskan sebarang tarikh PRK hanya berpandukan nasihat pegawai sahaja? – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd