Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Rangkul Trofi Pelakon Terbaik...

Selepas berjaya mengenggam trofi keramat yang didambakan bintang Hollywood iaitu Pelakon Lelaki Terbaik...

DAP Cuba Samaratakan Islam...

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa cadangan Senator...

Ahli Kelab Myvi Pertahan...

MALANG sememangnya tidak berbau tapi jika 'sudah terang lagi bersuluh' mengapa masih hendak pertahankan sesuatu...

Lucu… Robot Pembersih ‘Kantoi’...

SITUASI terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang melakukan hubungan intim sudah semestinya memberikan...

Singapura Benar Berarak Thaipusam Ada Gendang

BUAT pertama kalinya sejak 1973, para penganut yang sertai acara Thaipusam tahun ini, dari Ahad hingga Isnin, dibenarkan memain alat-alat genderang, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Di bawah peruntukan baharu, para penyanyi dan pemuzik berlesen akan dibenarkan untuk iringi perarakan itu sambil bermain gendang, Alat muzik itu bagaimanapun perlu didaftar dengan Lembaga Endowmen Hindu (HEB).

Muzik namun hanya boleh mula dimainkan ketika perarakan keagaamaan itu bermula dari jam 7 pagi pada 20 Januari ini, iaitu sejam lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya, sehingga pukul 10.30 malam.

Rakaman muzik tersebut boleh dimainkan di 35 tempat, berbanding 23 tempat sahaja pada tahun lalu. Permainan muzik secara langsung pula cuma akan dibuat di tiga tempat ditetapkan, lapor stesen penyiaran Channel NewsAsia.

“Polis bekerjasama rapat dengan HEB untuk memudahkan lagi acara Thaipusam sepanjang beberapa tahun lalu sambil ambil kira kelakuan para peserta sebelum ini dan menilai sama ada mereka mematuhi peraturan-peraturan.

“Ini bagi kekang peserta daripada cetuskan masalah keselamatan mahupun cubaan ganggu ketenteraman awam. Peruntukan baharu ini diperkenalkan sebagai respons kepada maklum balas yang diterima HEB,” menurut polis.

Larangan bermain alat muzik sepanjang jalan perarakan Thapusam di Singapura mula diperkenalkan pada 1973, kerana terdapat kebimbangan pihak polis tentang kelakukan tidak terkawal penganut Hindu pada masa lalu.


Bagaimanapun sejak itu peraturan dilonggar secara bertahap-tahap dari 2011 dengan para peserta dibenarkan menyanyikan lagu-lagu keagamaan mereka sepanjang perarakan jika tiada alat pembesar suara digunakan.

Rakaman muzik mula dibenarkan dimainkan di tempat-tempat yang diperuntukkan pada 2012. Pada 2016, muzik dibenarkan dimainkan secara langsung setelah sesi maklum balas diadakan dengan masyarakat Hindu tempatan.

Ramai kalangan penganut agama itu mengatakan bahawa muzik penting bagi semarak perarakan tahunan tersebut selain jaminan mereka tidak ganggu ketenteraman penduduk awam di sekitar laluan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori