• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saintis Mati Dalam Kolam Buaya Di Sulawesi

oleh
16/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang pakar haiwan ditemui mati dipercayai akibat dibaham seekor buaya bersaiz besar di sebuah pusat penyelidikan di wilayah Sulawesi Utara pada pagi Jumaat lalu.

Mangsa, Deasy Tuwo, 44, dipercayai diheret masuk ke dalam kolam kurungan itu oleh seekor buaya sepanjang 5.2 meter di bandar Tomohon. Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang beri makan daging kepada reptilia itu.

Pihak berkuasa percaya buaya dinamakan sebagai Merry itu berdiri menggunakan kaki belakang dan melompat pada din­ding setinggi 2.5 meter untuk membaham sebelum mengheret Deasy ke dalam kolam.

Selain badan mangsa yang ditemui dalam keadaan terapung di dalam kolam tersebut, cebisan mayatnya turut dijumpai di dalam mulut Merry.

“Pada mulanya kami melihat ada suatu objek terapung di dalam kolam Merry dan kami sedar itu adalah mayat Deasy. Kami tidak berani mengeluarkan mayatnya dan segera meng­hubungi Balai Polis Tombariri.

“Ada kemungkinan buaya itu melompat dari bahagian tepi tembok dinding itu. Mungkin Merry masih kenyang kerana ia tidak makan keseluruhan mayat Deasy,” kata rakan se­kerja mang­sa, Erling Rumengan.

Deasy ialah ketua saintis di pusat penyelidikan tersebut. Dia dikenali dengan sikap pendiam dan penyayang terhadap pelbagai hidupan liar.

Merry ditangkap kelmarin dan dibawa ke sebuah pusat perlindungan hidupan liar di Bitung untuk memeriksa perutnya.

Polis memaklumkan mereka sedang cuba mengesan pemilik asal buaya itu dipercayai seorang ahli perniagaan Jepun yang membuka pusat penyelidikan tersebut. Bagaimanapun, pemilik buaya itu tiada di situ ketika kejadian berlaku.

“Kami perlu mengesahkan sama ada ahli perniagaan itu ada kebenaran memiliki buaya dan hidupan akuatik lain yang mahal dalam syarikatnya. Jika tiada permit, dia akan ditahan,” kata Ketua Polis Tomohon, Raswin Sirait. – Agensi

Tags: BuayaIndonesiaSaintis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd